Tips Dan Rahsia,,


Tips Penjagaan kuku kaki dan tangan



Di sini mempunya beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda semua :

* Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
* Makan banyak buah-buahan dan
protein.
* Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
* Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
* Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
* Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
* Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
* Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
* Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
* Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
* Sapukan bedak khas untuk kaki.


jangan lupe follow blog kami ^_^




Tips Penjagaan Bibir


gambar hiasan
Di sini kami ada sediakan beberapa tips yang boleh anda semua amalkan :
- Gunakan lip balm yang mengandungi ejen pelembab yang mempunyai    kandungan 
vitamin E kerana bahan-bahan yang terdapat dalam kandungan  vitamin E membantu mengekalkan  kelembapan pada kulit . 
- Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran kaya serat yang amat diperlukan  kulit  agar sentiasa digantikan dengan zat-zat yang baik. 
- Minum air masak 8-10 gelas sehari . 
- Kurangkan merokok dan elak meminum minuman keras . 
- Semasa menggosok gigi jangan lupa berus lembut bibir anda untuk membuang kulit mati yang ada pada bibir.

jangan lupa tw.. selalu lah follow blog kami... ^^ 


15 Fakta Menarik Tentang Tidur

Gambar Hiasan

Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.


2. Masa tidur bergantung kepada  umur iaitu:

    bayi: 16 jam
    
    3-18 tahun: 10 jam
    
    19-55: 8 jam

    lebih 55: 6 jam


3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.


4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.


5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.


6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.


7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.


8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:


     a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.

     b. kayu balak: suka bersosial
    
     c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan

     d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu

     e. Meniarap: menghiburkan

     f. Starfish: pendengar terbaik


9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan


10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.


11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).


12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.


13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.


14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.


15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan