Isnin, 18 November 2013

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat



P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli
pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
















        Bapa P.Ramlee

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

P.Ramlee semasa muda

Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.


Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.












solat jenazah P.Ramlee

Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah

Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.
Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee



Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.....

1 ulasan:

  1. ♠♥🃏WAKANDA POKER🃏♦♣

    AGEN POKER ONLINE INDONESIA AMAN DAN TERPERCAYA
    DENGAN RATING KEMENANGAN DAN KESEMPATAN UNTUK MENDAPATKAN JACKPOT YANG TINGGI.
    RATUSAN RIBU ORANG TELAH BERMAIN DI WEBSITE INI, BERANIKAH ANDA MENGALAHKANNYA?
    DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10.000 KALIAN SUDAH MEMAINKAN 7 PERMAINAN DALAM 1 AKUN YAITU
    ⏩TEXAS POKER
    ⏩DOMINO
    ⏩CEME
    ⏩CEME KELILING
    ⏩CAPSA SUSUN
    ⏩OMAHA
    ⏩SUPER 10
    WAKANDA POKER JUGA MEMPUNYAI BANYAK PROMO BESAR SAAT INI:
    💲BONUS DEPOSIT PERDANA
    💲BONUS TURNOVER 0.3%
    💲BONUS REFERRAL 10% SEUMUR HIDUP
    💲BONUS JACKPOT TOTAL PULUHAN JUTA RUPIAH
    KAMI JUGA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PEMBUATAN ID DENGAN REGISTRASI SECARA GRATIS MASIH ADA KELEBIHA LAINNYA :
    ✅MINILAM DP & WD SEBESAR HANYA Rp 10.000
    ✅NO SYSTEM ROBOT!!! 💯% PLAYER VS PLAYER
    ✅BISA DI AKSES VIA Android/IPhone/IPad
    ✅PROSES DP & WD YANG SANGAT CEPAT
    ✅PELAYANAN DENGAN CS PROFESIONAL & RAMAH 24 JAM

    BalasPadam