Khamis, 10 Oktober 2013

"Pneumonia"-jangkitan Paru-paru Bagi bayi


Pneumonia....adakah anda pernah dengar perkataan ini?Perkataan ini sering kali didengari setiap kali anak/ bayi anda dibawa ke hospital ataupun klinik jika mengalami demam panas dan selsema.Bagi yang tidak tahu,pneumonia ini adalah penyakit jangkitan pada paru-paru.Penulis dapat maklumat ini dari rakanbloggers yang lain dan mari kita sama-sama berkongsi maklumat.

Pneumonia
Adalah sejenis penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria,kulat dan virus.Penyakit ini sangat umum bagi bayi.Bayi sangat mudah terdedah dengan jangkitan ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk,demam dan masalah pernafasan(kahak).
Penyakit ini boleh dirawat dan diselia oleh ibubapa dirumah sahaja,namun jika berpanjangan dan serius boleh dirawat di hospital.Penyakit ini boleh terjadi dengan tiba-tiba pada bayi dan boleh berpanjangan sehinggasepuluh hari.

Penyebab?
Ada banyak penyebab pneumonia yang disebabkan oleh pelbagai mickro organisma seperti bakteria,virus dan organisma lain.Ia terdiri daripada:-

-Bakteria:Pneumonia pada bayi yang disebabkan oleh bakteria mempunyai gejala seperti batuk berkahak yang berwarna hijau atau merah seperti darah/karat.
-Virus:sekitar 50% kes pnemunoia dilaporkan pada bayi yang disebabkan oleh jangkitan virus.Gejala kelihatan mirip seperti selsema.
-Microplasma:Ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bayi demam ringan dan jangkamasa pemulihan memerlukan waktu yang lama(sebab itulah anak kita perlu ditahan dihospital untuk pemantauan)Gejala-gejala yang disebabkan pneumonia akibat mikro organisma ini adalah seperti mual dan muntah-muntah,kahak bewarna putih,tidak mahu minum susu dll.

Gejala Pada Bayi
-Malaise
-Batuk
-Demam
-Masalah pernafasan(bunyi macam kahak...sometime bunyi macam wizy
-Sakit dada dll.

Diagnosis
Jika bayi disyaki mempunyai penyakit ini,doktor akan melakukan ujian-ujian seperti pemeriksaan umum dan X ray.

Rawatan
Rawatan yang betul harus dilakukan untuk bayi dan rawatan tambahan juga harus diambil untuk mencegah mereka dari bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ini.Rawatan terdiri daripada:

-Antibiotik
-Rehat yang secukupnya(jangan dibawa bayi tu pergi shopping complex dll)
-Minum banyak air masak
-Ubat-ubatan yang diberikan

Jika pneumonia yang disebabkan oleh bakteria,biasanya dirawat dengan pengambilan antibiotik.Antibiotik perlu diberikan kepada bayi supaya penyakit ini tidak berulang.
Jika disebabkan oleh virus,rawatan yang diperlukan adalah dengan mengambil ubat antivirus dan biasanya doktor akan rekomen kan untuk megambilkan rehat yang secukupnya dan elak bawak anak keluar dari rumah buat masa itu.
Jika disebabkan oleh Mikroplasma akan dirawat dengan antibiotik.Rawatan ini memerlukan jangkamasa pemulihan yang lama pada bayi sekitar 4-6 minggu

Pencegahan
Ibubapa digalakkan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti berikut untuk mengelakkan penyakit ini dari berulang:

-Elakkan bayi bertemu dengan orang yang mengidap batuk,demam,selsema dan juga mempunyai penyakit jangkita pernafasan seperti influenza kerana bayi amat mudah berjangkit dengan penyakit tersebut.
-Elakkan bertemu dengan orang yang mengidap penyakit campak atau cacar
*biasanya tempat-tempat diluar bayi senang kena sepert tempat membeli belah,pasar malam,rumah pengasuh dll.

Vaksinasi
Biasanya vaksin PPV harus diberikan kepada bayi untuk mencegah mereka dari penyakit ini.

Kesimpulan:penyakit ini merupakan penyakit bersifat jangka pendek bagi bayi,namun ianya boleh menjadi serius sehingga menimbulkan kompilasi pada bayi.Jangan lambat mendapatkan rawatan.

Petua untuk sembuhkan selsema bagi bayi cuba petua ini:


1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .
2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari(yang madu ni aku konpius,ada orang kata bayi tak sesuai)
3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

1 ulasan:

  1. ♠♥🃏WAKANDA POKER🃏♦♣

    AGEN POKER ONLINE INDONESIA AMAN DAN TERPERCAYA
    DENGAN RATING KEMENANGAN DAN KESEMPATAN UNTUK MENDAPATKAN JACKPOT YANG TINGGI.
    RATUSAN RIBU ORANG TELAH BERMAIN DI WEBSITE INI, BERANIKAH ANDA MENGALAHKANNYA?
    DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10.000 KALIAN SUDAH MEMAINKAN 7 PERMAINAN DALAM 1 AKUN YAITU
    ⏩TEXAS POKER
    ⏩DOMINO
    ⏩CEME
    ⏩CEME KELILING
    ⏩CAPSA SUSUN
    ⏩OMAHA
    ⏩SUPER 10
    WAKANDA POKER JUGA MEMPUNYAI BANYAK PROMO BESAR SAAT INI:
    💲BONUS DEPOSIT PERDANA
    💲BONUS TURNOVER 0.3%
    💲BONUS REFERRAL 10% SEUMUR HIDUP
    💲BONUS JACKPOT TOTAL PULUHAN JUTA RUPIAH
    KAMI JUGA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PEMBUATAN ID DENGAN REGISTRASI SECARA GRATIS MASIH ADA KELEBIHA LAINNYA :
    ✅MINILAM DP & WD SEBESAR HANYA Rp 10.000
    ✅NO SYSTEM ROBOT!!! 💯% PLAYER VS PLAYER
    ✅BISA DI AKSES VIA Android/IPhone/IPad
    ✅PROSES DP & WD YANG SANGAT CEPAT
    ✅PELAYANAN DENGAN CS PROFESIONAL & RAMAH 24 JAM

    BalasPadam