Khamis, 10 Oktober 2013

Ikan Empurau,Ikan termahal di,,,,,

Sepanjang 7 tahun admin merantau di negeri_______, kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang merasai ikan yang termahal di negeri______ iaitu "ikan empurau"atau orang cina panggil nama ikan ini " wang pu liao".
Jangan terkejut jika harga ikan ini mencecah
RM450 sekilo.
Nasib baik bapa mertua admin yang bekerja di kem kayu balak membawa balik ikan empurau untuk dihidang makan dengan cara masak stim, kalau nak merasa makan di restaurant, memang tidak mampu!
Ikan ini bukanlah sebarang ikan, ikan ini dianggap sebagai "raja ikan" di antara ikan-ikan yang terdapat di negeri sarawak.
Bagi kalangan rakyat negeri sarawak, hidangan ikan ini hanyalah untuk hidangan untuk orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal dan sukar diperolehi.Admin juga ada bertanya kepada beberapa taukey restaurant sekitar bandaraya sibu dan menurut mereka harga ikan ini yang siap dimasak kukus boleh mencecah Rm700 sekilo dan jika di sekitar kuala lumpur harganya boleh mencecah Rm1500 sekilo, apa macam?
Daerah Kapit cukup popular dengan ikan ini,ini adalah kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli. Ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.
Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil. Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 30 kg.Jika admin balik ke kampung halaman isteri admin,bapa mertua sering kali membawa balik ikan ini untuk dimakan bersama!Hmmmm tiba-tiba terkenang dengan kelembutan+manis+lemak isi ikan ini...



1 ulasan:

  1. ♠♥🃏WAKANDA POKER🃏♦♣

    AGEN POKER ONLINE INDONESIA AMAN DAN TERPERCAYA
    DENGAN RATING KEMENANGAN DAN KESEMPATAN UNTUK MENDAPATKAN JACKPOT YANG TINGGI.
    RATUSAN RIBU ORANG TELAH BERMAIN DI WEBSITE INI, BERANIKAH ANDA MENGALAHKANNYA?
    DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10.000 KALIAN SUDAH MEMAINKAN 7 PERMAINAN DALAM 1 AKUN YAITU
    ⏩TEXAS POKER
    ⏩DOMINO
    ⏩CEME
    ⏩CEME KELILING
    ⏩CAPSA SUSUN
    ⏩OMAHA
    ⏩SUPER 10
    WAKANDA POKER JUGA MEMPUNYAI BANYAK PROMO BESAR SAAT INI:
    💲BONUS DEPOSIT PERDANA
    💲BONUS TURNOVER 0.3%
    💲BONUS REFERRAL 10% SEUMUR HIDUP
    💲BONUS JACKPOT TOTAL PULUHAN JUTA RUPIAH
    KAMI JUGA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PEMBUATAN ID DENGAN REGISTRASI SECARA GRATIS MASIH ADA KELEBIHA LAINNYA :
    ✅MINILAM DP & WD SEBESAR HANYA Rp 10.000
    ✅NO SYSTEM ROBOT!!! 💯% PLAYER VS PLAYER
    ✅BISA DI AKSES VIA Android/IPhone/IPad
    ✅PROSES DP & WD YANG SANGAT CEPAT
    ✅PELAYANAN DENGAN CS PROFESIONAL & RAMAH 24 JAM

    BalasPadam